Sekitar Mesyuarat Penyelarasan Program Jerayawara Project of Dream Realized (Pro-DR Roadshow) Siri ke-8 bagi kawasan Zon Tengah Sarawak pada hari ini, 24hb Mei 2023 bertempat di Hotel Kingwood, Sibu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, En. Udin Bujang ini telah dihadiri oleh pelbagai wakil daripada Residen, Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan Pejabat Pendidikan Daerah sekitar kawasan Betong, Sarikei, Meradong, Kapit, Mukah dan Sibu. Selain itu, mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil daripada Pustaka Negeri Sarawak Sibu.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penganjuran Program Jerayawara Project of Dream Realized (Pro-DR Roadshow) Siri ke-8 ini kepada semua pihak terbabit. Selain itu, mesyuarat ini bertujuan untuk mendapat input, cadangan serta penambahbaikan daripada agensi-agensi lain yang terlibat.

Program Jerayawara Project of Dream Realized (Pro-DR Roadshow) Siri ke-8 anjuran TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) merupakan plaform bagi memberi informasi terkini khususnya mengenai peluang melanjutkan pelajaran kepada komuniti luar bandar.

#CommunityUpdates#ProjectofDreamRealized#PRODR2023#DigitalInnovation4All