Sekitar Mesyuarat Penyelarasan Program Project of Dream Realized (Pro-DR) Roadshow Bahagian Kuching pada ini, 22hb Mei 2023 bertempat di Pejabat TEGAS Digital Village, Kuching.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, En. Udin Bujang ini telah dihadiri oleh pelbagai agensi seperti Residen Serian, UKAS, Pustaka Negeri Sarawak Kuching, Pejabat Daerah Lundu, Pejabat Daerah Serian, Majlis Daerah Serian, PPD Serian dan PPD Lundu.

Mesyuarat penyelarasan ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai Program Pro-DR Roadshow yang bakal dianjurkan di 12 lokasi seluruh Sarawak pada bulan Julai hingga Ogos nanti. Selain itu, mesyuarat ini juga dapat membantu pelbagai agensi menyelaraskan fungsi masing-masing ketika program ini diadakan kelak.

Pro-DR Roadshow merupakan satu program jerayawara pendidikan dan kerjaya anjuran TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) yang bertujuan untuk memberikan pendedahan serta peluang untuk melanjutkan pelajaran kepada lepasan sekolah. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengenai pengajian tinggi, bidang kemahiran dan bantuan pendidikan yang disediakan!

#ProjectOfDreamRealized#PRODR2023#TEGASCommunityInnovativeLearning#DigitalInnovation4All