Sekitar Mesyuarat Penyelarasan Program Jerayawara Project of Dream Realized (Pro-DR Roadshow) Siri Ke-8 bagi Bahagian Utara pada 26hb Mei 2023 bertempat di Hotel Mercure, Miri.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, En. Udin Bujang ini telah dihadiri oleh wakil daripada pelbagai agensi daripada kawasan Bintulu, Telang Usan, Miri, Limbang dan Lawas. Tujuan mesyuarat ini adalah bagi memaklumkan kepada setiap pihak yang terlibat berkenaan penganjuran Program Pro-DR Roadshow bagi kawasan Bintulu, Miri dan Limbang pada Ogos nanti.

Program Jerayawara Pro-DR ini telah dianjurkan oleh pihak TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) sejak dari tahun 2015 bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar dan belia di kawasan luar bandar untuk mendapatkan maklumat pendidikan, latihan dan bantuan pendidikan.

#CommunityUpdates#ProjectofDreamRealized#ProDR2023#DigitalInnovation4All