20 Mei 2023

Sekitar Majlis Apresiasi TEGAS 2023 yang telah diadakan di TEGAS Digital Village.

Turut hadir bersama memeriahkan majlis ini adalah YB Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Selaku Pengerusi TEGAS. YB Dr Haji Hazland bin Abang Hipni, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar dan juga merupakan mantan Ahli Lembaga Amanah TEGAS.

Tidak lupa juga kehadiran Ahli Lembaga Amanah TEGAS yang baharu iaitu YB Encik Wilson Nyabong Anak Ijang, ADUN N.61 Pelagus dan YB Encik Billy Anak Sujang, ADUN N.01 Opar dan juga Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, Tuan Udin Bin Bujang.

Majlis ini diadakan adalah bertujuan bagi meraikan kakitangan TEGAS yang mana telah berkhidmat dengan TEGAS dari semenjak TEGAS ditubuhkan lagi sehingga ke hari ini.

Selain itu, majlis ini juga turut diselangi dengan majlis penyampaian hadiah kenang – kenangan kepada YB Dr Haji Hazland bin Abang Hipni sebagai tanda penghargaan TEGAS kepada beliau sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ahli Lembaga Amanah.