Sekitar lawatan TEGAS Community Innovative Learning ke UTM Makerspace di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru pada hari ini, 9hb Mei 2023.
Lawatan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, En. Udin Bujang ini telah disambut oleh Prof. Ir. Dr. Rubita bt Sudirman selaku Pengarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan juga Dr. Fauzan Khairi Che Harun, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
Lawatan ini bertujuan untuk berbincang mengenai peluang kolaborasi di masa akan datang bersama dengan pihak UTM terutamanya dalam bidang STEM, Teknologi Digital dan TVET. Selain itu, kami turut dibawa melawat fasiliti dan kemudahan yang disediakan untuk para pelajar di UTM Makerspace.
Terima kasih kepada pihak UTM atas kesudiaan menerima kunjungan hormat dari Team TCIL!
#CommunityUpdates#TEGASCommunityInnovativeLearning#DigitalInnovation4All








