Bengkel Rekabentuk 3D dan Pencetakan 3D serta Bengkel Asas Pengaturcaraan Kit Robotik mBot bagi Program TEGAS Think & Tinker (T&T) Mini Lab turut berlangsung di SMK Ulu Balingian, Mukah pada hari ini, 05 April 2023.

Bengkel hari ini telah mendedahkan kepada para guru dan juga pelajar di sekolah tersebut mengenai pengaturcaraan robotik dan juga pengendalian mesin Pencetak 3D (3D Printer).

TEGAS T&T Mini Lab yang merupakan satu ruang serbaguna ini membolehkan pelajar mengasah bakat dan kebolehan mereka dalam menerajui dunia teknologi digital yang semakin mencabar.

#ThinkNTinkerMiniLab

#TEGASCommunityInnovativeLearning

#DigitalInnovation4All