Team #TEGASCommunity turut berada di SMK Mendamit, Limbang pada hari ini, 03/04/2023 untuk mengadakan Bengkel Asas Pengaturcaraan Kit Robotik mBot dan Bengkel Pengenalan Rekabentuk 3D dan Pencetak 3D bertempat di TEGAS Think & Tinker (T&T) Mini Lab sekolah tersebut.
Lebih 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan juga guru dari sekolah tersebut telah menyertai bengkel ini.
Melalui TEGAS T&T Mini Lab, sekolah akan disediakan dengan peralatan berkaitan teknologi digital. Antara peralatan yang disediakan adalah seperti 3D Printer, Komputer, Education Drone, Kit Robotik, Arduino, Micro:bit serta Ruang Bacaan STEM.
#TEGASCommunityInnovativeLearning








