Team #TEGASCommunity telah berada di SMK Kapit pada 29/03/23 semalam untuk mengadakan Bengkel Asas Pengaturcaraan Kit Robotik mBot dan juga Bengkel Asas Rekabentuk 3D dan Pencetakan 3D di TEGAS Think & Tinker (T&T) Mini Lab sekolah tersebut.
Bengkel yang disertai oleh para pelajar dan juga guru ini akan membantu mereka untuk mendalami cara untuk membuat pengaturcaraan robot. Selain itu, mereka juga dapat membuat projek inovasi dengan mengunakan teknologi fabrikasi digital seperti Mesin Pencetak 3D.
Kemudahan yang disediakan di TEGAS T&T Mini Lab ini akan membantu para pelajar sekolah untuk belajar bersama-sama dan mencipta mengunakan peralatan digital dan teknologi.
#TEGASCommunityInnovativeLearning








