Sekitar Bengkel Asas Pengaturcaraan Kit Robotik mBot dan Bengkel Pengenalan Rekabentuk 3D dan Pencetekan 3D yang diadakan di TEGAS Think & Tinker (T&T) Mini Lab bagi SK Agama (MIS) Sarikei pada 03/04/2023 hari ini.

Para guru dan pelajar pada hari ini telah didedahkan dengan asas pengaturcaraan robot mBot. mBot merupakan sebuah robot pendidikan STEM untuk permulaan, yang menjadikan pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan robot mudah dan menyeronokkan.

Selain itu, peserta turut diberi peluang untuk mengendalikan sediri mesin pencetak 3D yang dibekalkan di T&T Mini Lab mereka untuk kegunaan projek inovasi sekolah pada masa akan datang.

#ThinkNTinkerMiniLab

#TEGASCommunityInnovativeLearning

#DigitalInnovation4All