Sekitar Bengkel Asas Pengaturcaraan Kit Robotik mBot dan Bengkel Pembuatan Model 3D serta Pengendalian Mesin Pencetak 3D bertempat di TEGAS T&T Mini Lab SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah di Daro pada 27hb Mac 2023 yang lalu.
Bengkel yang dikendalikan oleh Team #TEGASCommunity ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar serta guru tentang asas pengaturcaraan kit robotik serta pengunaan mesin pencetak 3D yang telah disediakan di T&T Mini Lab sekolah tersebut.
TEGAS Think & Tinker Mini Lab atau T&T Mini Lab merupakan satu ruangan inovasi serbaguna yang ditempatkan di sekolah-sekolah di seluruh Sarawak. Ruang serbaguna ini membolehkan pelajar mengasah bakat dan kebolehan mereka dalam menerajui dunia teknologi digital yang semakin mencabar.