Sekitar Bengkel Pengenalan Kit Robotik mBot dan juga Bengkel Pengenalan Asas Rekabentuk 3D dan Mesin Pencetak 3D bertempat di TEGAS T&T Mini Lab@SMK Siburan pada 28hb Mac 2023 semalam.
Pada akhir bengkel ini, para pelajar dan juga guru yang terlibat dapat menghasilkan rekabentuk 3D sendiri serta mengoperasikan mesin pencetak 3D di T&T Mini Lab sekolah mereka. Selain itu, peserta juga dapat membuat pengaturcaraan sendiri bagi mengawal kit robotik mBot yang telah dibekalkan.
Dengan adanya penubuhan T&T Mini Lab di sekolah, kami berharap agar jurang dalam literasi digital antara kawasan bandar dan luar bandar dalam kalangan pelajar dapat dikurangkan.
#TEGASCommunityInnovativeLearning








