Hari pertama program TEGAS Innovation and Inventive Lab (TiiL) TRIZ Level 1 Practitioner Workshop bertempat di Lot10 Boutique Hotel, Kuching.

Bengkel selama 3 hari ini dihadiri seramai 30 orang pensyarah dari Politeknik dan Kolej Komuniti dari seluruh Sarawak. Bengkel ini bertujuan bagi memperkasakan tenaga pengajar ini dengan ilmu TRIZ (Teoriya Resheniya Izobreatatelskikh Zadac), iaitu sebuah metodologi teori untuk penciptaan idea inovatif bagi penyelesaian masalah.

Hasil daripada bengkel ini akan membolehkan para pensyarah membantu para pelajar mereka dalam penghasilan projek-projek inovatif.

#TEGASInnovationInventiveLab

#TEGASCommunityInnovativeLearning

#DigitalInnovation4All