Hari kedua program TEGAS Innovation & Inventive Lab; TRIZ Level 1 Practioner Workshop anjuran TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) bertempat di Lot 10 Boutique Hotel, Kuching.

Pada hari ini, para perserta telah didedahkan dengan beberapa kaedah Teori TRIZ seperti Function Analysis, Ideality, Structured Problem Solving Process, Cause & Effect Chain Analysis dan juga Trimming.

Para peserta juga diberikan beberapa cabaran sepanjang program untuk mengaplikasikan teori inovasi yang telah dipelajari mereka sepanjang bengkel tersebut.

Bengkel ini akan diteruskan lagi esok hari dengan lebih banyak Teori Penyelesaian Masalah TRIZ. Selain itu, para perserta akan melalui ujian kefahaman bagi membolehkan mereka untuk mendapatkan sijil TRIZ Tahap 1.

#TEGASInnovationInventiveLab

#TEGASCommunityInnovativeLearning

#DigitalInnovation4All