Terima kasih kepada Majlis Pembangunan Sosial Sarawak kerana telah menjemput Team #TEGASCommunity sempena Program Randau Pembangunan Sosial Bahagian Kuching Siri 1/2023 di Kampung Biawak, Lundu yang telah berlangsung pada 27hb hingga 29hb Januari 2023.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program tersebut. TEGAS bersama dengan 32 insitusi yang terdiri daripada pelbagai jabatan, agensi dan NGO telah terlibat dalam memastikan maklumat berkenaan isu pembangunan sosial disebarkan secara menyeluruh terutama kepada komuniti di kawasan luar bandar atau pendalaman.

Antara aktiviti yang telah diadakan di booth TEGAS adalah seperti 3D doodle pen, mind games, robotic car, maker straw serta pengalaman Virtual Reality (VR). Selain itu, kami turut mengadakan sesi khusus bersama-bersama 72 orang peserta yang terdiri daripada pelajar di kawasan Kampung Biawak dan sekitarnya dalam sesi Creative Maker Challenge.

Program yang telah dihadiri lebih daripada 2,500 orang ini merupakan anjuran Majlis Pembangunan Sosial (MPS), Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Kuching dan Pejabat Daerah Lundu.

Terima kasih kerana telah menjemput Team #TEGASCommunity!

#TEGASCommunityOutreach

#DigitalInnovation4All