Terima kasih Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang kerana telah menjemput Team #TEGASCommunity untuk mengadakan Bengkel Pengenalan Asas Pengaturcaraan Arduino pada hari ini!
Seramai 25 orang peserta telah menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada Pensyarah Jabatan Kecemerlangan Akademik serta para pelajar dari Kelab STEM IPG Kampus Batu Lintang.
Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai pengunaan papan Arduino dalam menghasilkan projek inovasi. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk membantu para bakal guru pada masa hadapan ini dengan ilmu digital seperti kemahiran pengaturcaaan.
Terima kasih sekali lagi kepada IPG Kampus Batu Lintang kerana sudi menjemput kami di TEGAS Community Innovative Learning (TCIL)!