Sekitar Program SeDidik’s All Kids Are Superheroes yang berlangsung di ruang legar hypermarket Mydin Vista Tunku, Kuching pada hari ini, 17 Disember 2022.

Pelbagai aktiviti yang telah diadakan adalah seperti pertandingan melukis dan mewarna, pertandingan perbarisan superhero, pertandingan rekacipta (STEAM), pertandingan write-it-right dan pertandingan fashion show superhero prasekolah serta cosplay.

Team #TEGASCommunity telah dijemput untuk mengadakan aktiviti berkaitan STEM dan robotik. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah seperti pengalaman Virtual Reality (VR), 3D Doodle Pen, permainan robotik serta Maker Straw Building.

Terima kasih kepada pihak SeDidik atas jemputan dan kepada semua pengunjung yang telah memeriahkan program ini!

#TEGASCommunityOutreach

#DigitalInnovation4All