Sekitar Program Hari Kerjaya dan Pendidikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Miri dengan anjuran bersama pihak Yayasan Sarawak serta Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bertempat di Permaisuri Imperial City Mall Miri pada hari ini, 10hb Disember 2022.
Antara aktivti yang diadakan adalah seperti ceramah pendidikan, kerjaya serta bantuan untuk menyambung pelajaran. Selain itu, terdapat juga pameran daripada pelbagai agensi pendidikan awam dan swasta untuk membantu para pelajar serta orang awam yang berkunjung untuk mendapat maklumat yang tepat untuk menyambung pelajaran.
Team #TEGASCommunity telah dijemput untuk mengadakan pameran serta aktiviti berkaitan dengan teknologi digital dan STEM. Pelbagai aktiviti menarik seperti simulator dron, pengalaman VR dan aktiviti robotik telah diadakan bagi menarik minat para belia dan pelajar untuk menceburi dalam bidang tersebut di masa hadapan.
Program ini telah dirasmikan oleh Kaunselor Karambir Singh Honey selaku wakil bagi Yang Berhormat Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap ADUN N.73 Piasau.








