Sekitar Program Hari Kerjaya dan Pendidikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Subis dengan anjuran bersama pihak Yayasan Sarawak serta Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bertempat di Dewan Masyarakat Bekenu & Arena Sukan Sibuti pada hari ini, 8hb Disember 2022.
Terdapat pelbagai aktiviti seperti ceramah kerjaya, pameran dari agensi kerajaan dan swasta, pameran institusi pendidikan tinggi dan pendaftaran perkejaan telah diadakan bagi pengunjung.
Team #TEGASCommunity telah terlibat dalam pameran berkaitan dengan teknologi digital dan STEM dimana pelbagai aktiviti menarik seperti simulator dron, pengalaman VR dan aktiviti robotik telah diadakan untuk menarik minat para belia dan pelajar untuk menceburi dalam bidang tersebut di masa hadapan.
Program ini turut dirasmikan oleh YB Lukanisman Awang Sauni, Ahli Parlimen P218 Sibuti.







