Sekitar hari pertama Pesta TRIZ anjuran MyTRIZ dan rakan strategik. Program ini bertujuan untuk membawa TRIZ Practitioners berkongsi ilmu TRIZ dengan komuniti.
Ini merupakan kali pertama program ini diadakan selepas 10 tahun, luar dari Malaysia, dan tahun ini dihoskan oleh Universitas Islam Indonesia. Sepanjang Pesta TRIZ 2022 ini diadakan, ada Bengkel, Persidangan dan Pertandingan TRIZ yang akan diadakan selama 3 hari bermula pada 6 Disember sehingga 8 Disember 2022 di Universitas Islam Indonesia.
Hari pertama merupakan bengkel TRIZ oleh Dr Yeoh Teong San, yang merupakan pengasas dan bekas presiden Malaysia TRIZ. Beliau akan dibantu oleh 7 orang senior TRIZ Professionals.
Team #TEGASCommunity yang juga TRIZ Practitioners telah dijemput untuk mengikuti Pesta TRIZ ini untuk mencari peluang kolaborasi dengan rakan strategik dalam program pada masa akan datang yang berkaitan dengan inovasi produk dan pembangunan paten.








