Sekitar hari ketiga Pesta TRIZ 2023 anjuran MyTRIZ dan rakan strategik. Program ini bertujuan untuk membawa TRIZ Practitioners berkongsi ilmu TRIZ dengan komuniti.

Ini merupakan kali pertama program ini diadakan selepas 10 tahun, luar dari Malaysia, dan tahun ini dihoskan oleh Universitas Islam Indonesia. Sepanjang Pesta TRIZ 2022 ini diadakan, ada Bengkel, Persidangan dan Pertandingan TRIZ yang akan diadakan selama 3 hari bermula pada 6 Disember sehingga 8 Disember 2022 di Universitas Islam Indonesia, Yogyakarta.

Hari ketiga Pesta TRIZ 2022 merupakan Pertandingan MyTRIZ kolaborasi bersama Asean Virtual Entrepreneurship Hackathon yang membentangkan idea terbaik dan projek dari Universiti Asia Tenggara, di mana 6 finalis telah dipilih daripada 25 penyertaan. Tema pertandingan untuk tahun ini ialah “Sustainable Development in the New Normal”.

Team #TEGASCommunity yang juga TRIZ Practitioners telah dijemput untuk mengikuti Pesta TRIZ ini untuk mencari peluang kolaborasi dengan rakan strategik dalam program pada masa akan datang yang berkaitan dengan inovasi produk dan pembangunan paten.

#TEGASCommunity

#digitalinnovation4all