Sekitar hari kedua Program Jejak Sarawakiana anjuran Pustaka Negeri Sarawak, Sibu. Program ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat umum dalam pembangunan topik yang berkaitan dengan kearifan tempatan Sarawak dan mempromosi budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Bacaan bersama Pemimpin, STEAM Trek, Reading Seeds serta promosi keahlian dan perkhidmatan Pustaka Negeri Sarawak.
Program ini diadakan selama dua (2) hari bertempat di Uma Baha, Daerah Kecil Asap, Belaga. Program ini juga akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Kennedy Chukpai Ugon, Ahli DUN N66 Murum.
Team #TEGASCommunity juga telah dijemput untuk bersama mempamerkan digital teknologi terkini seperti Drone Simulator, Virtual Reality Experience, Robotik MTiny Bot dan DJI Robomaster.
Team #TEGASCommunity mengucapkan terima kasih di atas sambutan Warga Belaga yang luar biasa!









