Sekitar hari kedua Pesta TRIZ 2023 anjuran MyTRIZ dan rakan strategik. Program ini bertujuan untuk membawa TRIZ Practitioners berkongsi ilmu TRIZ dengan komuniti.

Ini merupakan kali pertama program ini diadakan selepas 10 tahun, luar dari Malaysia, dan tahun ini dihoskan oleh Universitas Islam Indonesia. Sepanjang Pesta TRIZ 2022 ini diadakan, ada Bengkel, Persidangan dan Pertandingan TRIZ yang akan diadakan selama 3 hari bermula pada 6 Disember sehingga 8 Disember 2022 di Universitas Islam Indonesia, Yogyakarta.

Hari kedua merupakan Persidangan TRIZ dimana ia menjadi platform kepada TRIZ Practitioners berkongsi dan belajar di antara satu sama lain tentang perkembangan TRIZ terkini, aplikasi berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan cara-cara TRIZ dan TRIZ dalam pendidikan. Terdapat 12 kertas kerja dibentang semasa Persidangan Pesta TRIZ 2022.

Team #TEGASCommunity yang juga TRIZ Practitioners telah dijemput untuk mengikuti Pesta TRIZ ini untuk mencari peluang kolaborasi dengan rakan strategik dalam program pada masa akan datang yang berkaitan dengan inovasi produk dan pembangunan paten.

#TEGASCommunity

#digitalinnovation4all