Sekitar program Pameran Pendidikan dan Kerjaya Anjuran PPD Saratok dan Yayasan Sarawak bertempat di Dewan Sri Krian, Saratok.

Pameran ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar SPM dan Tingkatan 6 sekitar Daerah Saratok tentang peluang melanjutkan pengajian di Institusi Awam dan Swasta serta membantu para pelajar untuk merancang hala tuju mereka dalam bidang kerjaya kelak. Seramai 150 pelajar terdiri daripada Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 telah dijemput ke program ini.

Team #TEGASCommunity juga telah dijemput untuk mengadakan pameran berkenaan teknologi digital bagi menarik minat pelajar dalam bidang STEM khususnya, bagi menentukan kursus-kursus yang akan diambil semasa melanjutkan pengajian mereka nanti.

Team #TEGASCommunity mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan yang amat menggalakkan.

Terima Kasih PPD Saratok!

#TEGASCommunityOutreach

#digitalinnovation4all