Sekitar aktiviti dan pameran oleh Team #TEGASCommunity sempena Minggu STEM dan Kerjaya anjuran SMK Engkelili, Sri Aman pada 09/11/2022.
Program ini bertujuan untuk menarik minat para pelajar dan mencungkil bakat murid-murid dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM.
Seramai lebih kurang 1,200 para pelajar telah menyertai aktiviti yang dibawakan oleh pihak #TEGASCommunity pada hari ini. Antara aktiviti yang dibawakan adalah seperti pameran dron dan robotik, simulator dron, pengalaman VR (Virtual Reality) serta pengawalan mBot robot dan dron Tello.
Terima kasih kepada semua warga SMK Engkelili di atas sambutang yang sangat mengalakkan!







