Sekitar Bengkel Pengenalan Teknologi Dron sempena Program Career Discovery Mentorship Programme anjuran FutureLab dengan kerjasama Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC)di SMK Muara Tuang, Samarahan pada 02/11/22.

Seramai 120 orang pelajar Tingkatan 5 telah menyertai program ini. Para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai jenis dron dan bagaimana mereka boleh meneroka kerjaya yang berkaitan dengan teknologi dron dalam pelbagai jenis industri. Selain itu, para pelajar juga diberi peluang untuk mengendalikan dron secara manual dan juga belajar untuk memprogramkan dron bagi tujuan autonomous drone flying.

Program Career Discovery Mentorship Programme oleh FutureLab merupakan sebuah program yang membantu pelajar-pelajar sekolah menerokai berbagai-bagai bidang pekerjaan melalui sesi perkongsian yang seronok oleh mentor industri.

#TEGASCommunityWorkshop

#DigitalInnovation4All