Sekitar Program Randau Pembangunan Sosial Bahagian Bahagian Mukah Siri 1/2022 selama 3 hari diadakan di Kampung Paloh, Kedang dan Berangan, Daerah Tanjung Manis anjuran Majlis Pembangunan Sosial (MPS), Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) dengan kerjasama Pejabat Daerah Tanjung Manis dan Pejabat Daerah Mukah.
Pada Majlis Penutupan program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Abdullah bin Haji Saidol, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.42 Semop yang merupakan Setiausaha Ahli Lembaga Amanah TEGAS. Turut hadir YB Encik Mohammad Razi bin Sitam, Timbalan Menteri (Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak) merangkap Ahli Lembaga Amanah TEGAS.
Antara objektif program ini adalah untuk memastikan maklumat berkenaan isu pembangunan sosial disebarkan secara menyeluruh terutama kepada komuniti di kawasan luar bandar atau pendalaman.
Team Outreach #TEGASCommunity telah mengadakan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan robotik dan makers di Sekolah Orang Kaya Muda Pakeri Paloh dan komuniti setempat. Aktiviti ini dapat memberi pendedahan awal terutamanya kepada kanak-kanak, pelajar dan ibu bapa tentang kepentingan pendidikan STEM dan “Maker Skills” pada masa depan.
#TEGASCommunityOutreach
#DigitalInnovation4All








