Sekitar hari pertama dan kedua Majlis Perasmian “Sarawak Preschool International Convention 2022” anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) yang diadakan di Hotel Pullman, Miri.

Konvensyen Antarabangsa ini bertujuan untuk memartabatkan pendidikan awal kanak-kanak yang merupakan asas penting dalam membina modal insan yang cemerlang dan berkualiti.

Team #TEGASCommunity telah dijemput untuk turut sama membuat pameran dan pendedahan mengenai program-program yang telah dilaksanakan yang turut fokus terhadap pendidikan awal kanak-kanak terutamanya dalam pengenalan awal mengenai STEM dan teknologi digital.

#TEGASCommunityOutreach
#DigitalInnovation4All