Throwback sepanjang perjalanan Team #TEGASCommunity selama 13 jam melalui darat dari Miri ke Bario untuk Program Jangkauan Ilmu anjuran Pustaka Negeri Sarawak, Miri sempena Pesta Nukenen Bario 2022 pada 28-30 Julai yang lalu.

Sebelum tiba ke Bario, kami juga sempat singgah ke beberapa buah sekolah di kawasan Baram seperti SK St. Pius, Long San dan SK. Long Banga untuk membawakan aktiviti yang berasaskan STEM, Maker dan teknologi digital.

Kami berasa amat gembira dengan sambutan komuniti dan masyarakat setempat di luar bandar yang sangat dahagakan pengalaman dan ilmu baru terutamanya dalam teknologi digital.

Team #TEGASCommunity dan rakan strategik kami akan sentiasa komited dalam misi kami untuk merapatkan jurang dalam literasi digital terutamanya bagi komuniti di luar bandar melalui kempen hashtag #DigitalInnovation4All kami.

#TEGASCommunityOutreach
#DigitalInnovation4All