Satu bengkel latihan berkenaan Pengenalan Asas Teknologi Dron dalam Pendidikan akan diadakan bersama dengan rakan kolabrasi kami iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal mengenai teknologi dron kepada para guru untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Bengkel ini akan dikendalikan oleh Syukri Arabi, Pengurus Program & Aktiviti di TEGAS Community Innovative Learning (TCIL).

TEGAS Community Workshop merupakan satu program kolaborasi anjuran TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) bersama beberapa rakan strategik. Program bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan komuniti setempat terutamanya para pelajar dan belia mengenai teknologi digital dan inovasi.

#TEGASCommunityWorkshop
#DIgitalInnovation4All