Sekitar lawatan kerja delegasi TEGAS Community Innovative Learning (TCIL)ke Ibu Pejabat PERKESO Negeri Sarawak yang diketuai oleh Encik Fredick Kevin, Pengurus Kanan TCIL.

Kehadiran delegasi daripada TCIL, telah disambut oleh Ketua Zon Perkhidmatan Pekerja (Sarawak) Cawangan Perkhidmatan Pekerja, Sistem Insurans Pekerjaan, PERKESO Negeri Sarawak, Cik Shamimi Binti Abdul Khalek.

Objektif lawatan kerja tersebut adalah bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama program komuniti di antara TEGAS dan PERKESO Negeri Sarawak.

#DigitalInnovation4All
#tegascommunity