

Sekitar lawatan kerja delegasi TEGAS Community Innovative Learning (TCIL)ke Pustaka Cawangan Sibu yang diketuai oleh Encik Fredick Kevin, Pengurus Kanan TCIL.
Kehadiran delegasi daripada TCIL, telah disambut oleh Pengurus Wilayah Pustaka Cawangan Sibu, Encik Fairul Azli Banchit.
Objektif lawatan kerja tersebut adalah bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama program komuniti di antara TEGAS dan Pustaka Cawangan Sibu.