Sekitar lawatan kerja delegasi TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) yang diketuai oleh Encik Awangku Merali Pengiran Mohamed ke pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Kehadiran delegasi TCIL telah disambut oleh Hajah Zanariah Binti Haji Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV).

Objektif lawatan kerja tersebut adalah bertujuan mendapatkan pemahaman tentang kerjaya pelajar TEVT ke pendidikan tinggi dan bagaimana TCIL boleh berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan peralihan dan meningkatkan kemasukan pelajar ke pendidikan tinggi.

#DigitalInnovationForAll