Sekitar lawatan kerja delegasi TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) yang diketuai oleh Pengurus Unit TEVT & Youth TCIL, Puan Sharon Teo ke pejabat Malaysia Research Institute For Vocational Education Training (MyRIVET).

Kehadiran delegasi TCIL telah disambut oleh Pengarah MyRIVET iaitu Professor Madya Ts. Dr Razali Bin Hassan.

Objektif lawatan kerja tersebut adalah bagi meneroka peluang kerjasama dalam penyelidikan atau pengumpulan data mengenai kursus dan dasar TEVT. Kerjasama ini adalah bertujuan bagi meningkatkan promosi TEVT di kelangan pelajar di Sarawak.

#DigitalInnovationForAll