Adalah Dimaklumkan, Pelajar Kursus QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 2) Semester Kedua Sesi Akademik 2020/2021, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu akan menganjurkan Program PUTRA BAKTI MEDICULTURE pada 20 dan 21 Mac 2021, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad yang akan diadakan secara maya di aplikasi Cisco Webex.

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu kesihatan yang kadang-kadang dipandang enteng oleh masyarakat kini. Selain itu topik pertanian turut dibicangkan sebagai ilmu tambahan kepada peserta di mana urban agriculture/urban landscape semakin mendapat tempat di hati masyarakat bandar pada masa kini.

Program ini juga diharap mampu mencetuskan motivasi yang positif dalam diri peserta dan dapat memberi pendedahan kepada masyarakat terhadap isu-isu berkaitan sekaligus mampu memberikan manfaat kepada mereka.

Perincian Program PUTRA BAKTI MEDICULTURE adalah seperti berikut:

Tarikh & Masa;
20 Mac 2021 (Sabtu) 7.00 pagi-10.00 malam (Hari Pertama)
21 Mac 2021 (Ahad) 7.00 pagi – 12.00 tengah hari (Hari Kedua)
Melalui Cisco Webex.

Untuk pendaftaran sila join Telegram Group bagi mendapatkan info Program Putra Bakti Mediculture dengan lebih lanjut;

???? Peserta dari Sarawak:
https://t.me/PutraBaktiMedicultureSARAWAK
???? Peserta dari Sabah:
https://t.me/PutraBaktiMedicultureSABAH
???? Peserta dari Semenanjung Malaysia:
https://t.me/PutraBaktiMediculturePENINSULAR

Penyertaan adalah percuma (E-sijil disediakan)

Anjuran: Pelajar Kursus QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 2), (UPMKB) dengan kerjasama Project Youth Leadership & Entrepreneurship (YLE): UPMKB- TEGAS Smart Partnership.