Kemeriahan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang sesi 2023/2024 dilangsungkan pada hari ini di Dewan Kerangan Tapang, SMK Ulu Layar, Betong. Booth TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) mendapat sambutan yang sangat mengalakkan terutamanya daripada kalangan para pelajar, ibu bapa dan para guru dari SMK Ulu Layar, Betong yang berminat dengan aktiviti berkaitan STEM dan teknologi digital. Majlis ini juga turut dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N36. Layar. Terima kasih kepada pihak SMK Ulu Layar kerana telah sudi menjemput pihak TEGAS dalam program ini!
#TEGASCommunityOutreach #DigitalInnovation4All







