Sekitar Bengkel “Train the Trainer” bagi Program No Child Left Behind yang telah berlansung di TEGAS Digital Innovation Hub, Miri pada hari ini, 27hb Mei 2023.
Program ini merupakan anjuran Persatuan Engineers Without Borders Malaysia (EWBM) Sarawak dan disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak. TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) hadir sebagai Learning Partners dalam membantu menjayakan program ini.
Fokus bengkel pada hari ini adalah untuk menyiapkan para sukarelawan EWBM Sarawak tentang teknologi digital seperti pengunaan Canva, pembuatan website HTML & CSS, pengaturcaraan Arduino dan juga rekabentuk serta pencetakan 3D.
Program Bengkel “No Child Left Behind” yang bakal diadakan pada 10hb Jun nanti merupakan satu inisiatif untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik tentang asas pengkomputeran dan pengaturcaraan.
Engineers Without Borders Malaysia (EWBM) merupakan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang bertujuan untuk memanfaatkan kepakaran pelajar kejuruteraan dan profesional di Malaysia untuk projek kejuruteraan yang memberi manfaat kepada masyarakat dengan penekanan pada kelestarian alam sekitar dan pemerkasaan komuniti.
#TEGASCommunityWorkshop#TEGASCommunityInnovativeLearning#DigitalInnovation4All