Sekitar program Makersmeet 2022 anjuran Pustaka Negeri Sarawak, Miri pada 12-13 November 2022.

Team #TEGASCommunity telah dijemput untuk mengadakan pameran dan aktiviti berkaitan dron, robotik dan teknologi digital. Selain itu, kami juga dijemput untuk mengadakan bengkel perkongsian tentang Pengenalan Teknologi Dron sempena program ini.

Program Makersmeet merupakan satu platform pertemuan dan perkongsian ilmu makers tempatan daripada pelbagai bidang. Selain itu, program ini turut bertujuan untuk mempromosikan kewujudan ‘‘Makerspace“ di Pustaka Negeri Sarawak, Miri

dan menggalakkan peserta untuk berfikir secara kreatif serta berinovasi dalam

mencipta sesuatu yang baharu.

Terima kasih Pustaka Negeri Sarawak, Miri!

#TEGASCommunityOutreach

#DigitalInnovation4All