Sekitar program Ceramah dan aktiviti STEM bersama SK Encik Buyong sempena bulan Sains.
Seramai 692 orang pelajar dari Tahun 1 sampai Tahun 6 telah mengikuti ceramah ini yang dibahagikan kepada dua sesi. Para pelajar SK Encik Buyong telah didedahkan pengenalan awal STEM dan betapa pentingnya pengetahuan STEM dalam menerokai masa depan ke arah Revolusi Industri 4.0.
Para pelajar dibahagi mengikut kumpulan dan diberi tugasan untuk membina jambatan dan kereta. Tujuan tugasan tersebut ialah untuk memahami konsep asas STEM. Sebahagian pelajar telah membina jambatan, melakukan ujian dan memahami bagaimana bentuk struktur jambatan mempengaruhi kestabilan jambatan tersebut. Manakala sebahagian pelajar yang lain membina kereta dan mempelajari bagaimana tenaga kinetik dihasilkan melalui gelang getah yang menjadi penggerak kereta tersebut. Aktiviti STEM berkumpulan ini juga menggalakkan kerjasama dan perancangan antara para pelajar.
Semoga usaha ini dapat memupuk minat mereka ke arah pendidikan STEM.